Sabtu, 24 April 2010

Kaunseling pelajar-pelajar anda


Kaunseling pelajar-pelajar anda...
Psikoterapi membawa kepada menyelesaikan masalah dan perubahan ke arah membina (reconstructive) dalam diri pelajar yang mengambil masa yang lebih panjang. Manakala kaunseling pula membantu pelajar menangani masalah pertumbuhan kendiri (personal growth) ke arah mencapai kekuatan diri yang maksimum dan memerlukan masa yang lebih pendek..oleh itu jangan biarkan pelajar-pelajar anda diselubungi misteri.

For just kidding
Pretty a little student asked her teacher:"Teacher,would you punish anyone for something wrong she do?" "Of course, i would punish her. Why?" "Teacher, would you punish any one for something she didn't do?" "Certainly not." "Good! Because i didn't do my homework..!"

Isnin, 12 April 2010

GURU YANG GURU

salam...letihnya saya pada hari ini...ada raptai olahraga.banyak keje nak kena buat ni...tapi bila balik umah layan internet.Pemalas betul cikgu Roznilah ni.he..he..tadi dengar-dengar may be saya akan tukar kelas jadi Guru kelas 3 Hebat pulak...aduyai...terimalah seadanya.maka sesungguhnya profesion ini yang saya pilih dan inilah kerjaya saya selama-lamanya.Mendidik anak-anak bangsa denganse ikhlas hati. Tapi jika hendak dibandingkan kerja saya sebelum ini di sebuah IPTS,kerja ini masih my under control...cewah..poyo je...

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca. USMAN AWANG 1979

Khamis, 8 April 2010

HAPPY BIRTHDAY WAHAI ANAK-ANAK BUAHKU


Awal bulan April ni dulu kami pulang ke kampung...seronoknya dapat pulang ke kampung halaman di Raub,Pahang.Firstly balik umah saya dahulu di Kg.Ajai and then balik umah mak mentua di Kg.Bt Talam.Waktu kami balik tu,beberapa orang anak buah husband celebrate birthday diorang.Selamat Hari Lahir buat Dania,Mirul,Aboy,Emi,Alia dan Eca.Menu pada hari itu ialah lemang yang di bawa oleh kakak ipar saya, Kak Ja dari Hulu Langat.Rendang pula di buat oleh mak mentua saya.Kemudian macam biasa ada bihun yang dimasak oleh Kak Anis dan macam2 lagilah menunya.Alamak...ada 5 bijik kek pada hari itu.Besar lagilah badan kami laki bini.Takpelah...biar besar,besar pun besarlah biar orang takut sikit.Janji kami happy...

Rabu, 7 April 2010

Salam silaturrahim


Assalamualaikum...salam perkenalan...
First time baru nak tulis dalam blog ni...semoga permulaan ini diberkati Allah.
Nak ceghita....sebenarnya saya ni tak tau nak tulis apa...sebab tiada idea...huk...huk...Sekarang ni saya mengajar kat sk.assunta 2. Lately ni penat sikit sebab ada raptai sukaneka....tapi seronok...nanti kalo sempat ambil gambar saya masukkkan dalam blog ni..