ALLAHUAKBAR3X
YA,ALLAH...KAU DAH MAKBULKAN DOAKU...SYUKU KE HADRATMU YA ALLAH...ANAK MURIDKU TELAH BERJAYA MENJADI JOHAN DAN TEMPAT KETIGA DALAM PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK...ALHAMDULLILAH...INILAH KENANGAN MANIS YANG TIDAK AKAN KU LUPA BUAT SELAMA-LAMANYA...SYUKUR KE HADRAT ILAHI...TIADA YANG LEBIH INDAH BAGI SEORANG GURU IAITU HANYALAH KEMENANGAN ANAK MURIDNYA...WALAUPUN KITA TIADA SEBARANG PERTALIAN DARAH...KEJAYAAN KAMU SEMUA KEGEMBIRAAN BUAT CIKGU...SYABAS BUAT AMYLIA DAN NUR FATIN ALISA
Keranamu Petaling Jaya
Nukilan:Roznilah Abdul Rahman
Petaling Jaya…
kau punya tempat yang istimewa
Langitmu yang masih seperti dahulu kami kenali
lantainya masih indah dan lembut untuk dijejaki
perlip kau menyuntik rasa bahagia
Duhai awan Petaling Jaya…
payungila tanah ini dengan redup mu
agar semua makhluk dapat bernafas di bumi ini..
menikmati nikmat yang engkau berikan
Keranamu Petaling Jaya
bumi keramat yang kami warisi
kami genggam wasiat dan amanah
dari nenek moyang kami..
agar keharmonian bumi ini sedia kami pertahankan
Suara kami adalah lagu hayat setiap warga Petaling Jaya
Suara rakyat yang hidup di dalam arus pembangunan Bandaraya Petaling Jaya
Kami bersyukur kemewahan yang kami miliki
alam kami subur,hidup kami sihat
pemandangan kami tidak lagi kabur…
Wahai bandaraya Petaling Jaya
serapkanlah semangatmu ke dalam jiwa kami
Pergilah wahai suara nakal yang menodai kedamaianmu
Biarkan kami memujimu dalam samar
Bermimpikanmu di dalam sedar
Bahawa inilah Bandar kami,Bandaraya Petaling Jaya
Sejenak diri ini tergamam…
Di mana yang kami cari namamu Petaling Jaya
Akhirnya di sini kami temui
Di dalam hati yang tidak kelihatan oleh mata kasar
Di dalam sanubari yang hakiki
Keranamu Petaling Jaya
Kami ingin menjadi bangsa mulia di pentasmu
kami ingin menyuburkan cinta murni manusia
kepada kedamaian,kesejahteraan
keharmonian warga Petaling Jaya…
Cinta Petaling Jaya
Nukilan:Roznilah Abdul Rahman
Petaling Jaya bandarku
bandar indah bumi mulia tempat aku dilahirkan
Petaling Jaya indah bandar diberkati
kilau kemilau seperti permata gemilang
pohon-pohonmu meliuk seumpama merestui
mencintai keindahan paras bandarmu
Mahu atau tidak,simpang siur ini
dipenuhi dengan pencakar langitnya
cintaku tidak berubah padamu
tiada nilai yang dapat membeli keindahanmu Petaling Jaya
sentiasa mekar dihatiku
Pergilah burung gagak hitam
jangan kau ganggu keindahan aku bersama Bandaraya Petaling Jaya
Tasik Taman Jaya menjadi saksi
Dedaunan meliuk seakan memuji
keindahanmu satu persatu
Melihat kepada pembangunanmu
aku merasa kagum
inilah bandar tempat aku mengenal huruf
mengenal erti pembangunan satu persatu
tanpa mengira bangsa dan sekutu
Kedamaianmu menghembuskan kelembutan rasa
Keistimewaanmu hanya aku yang merasai
Betapa bahagianya diriku
Berpayungkan bumimu wahai Petaling Jaya
Seindah mata,seharum kasturi
Yang boleh dilihat,dihidu oleh mata hati
Malammu jelas indah dimata
lampu-lampu neonmu menambah cintaku
terdetik dihati jangan diracuni
mekarmu indah tanpa dicerobohi
memberikan nikmat untuk aku menghayatimu
Sesaat aku cuba meninggalkanmu Petaling Jaya
terbayang-bayang kedamaianmu dimataku
kerana cintaku Petaling Jaya
aku kembali dengan dada penuh berharap
agar dirimu sentiasa dipercik keindahan bumi